Saturday, December 13, 2008

KFC Pudu

Dah lama tak update blog, biasa la ujung tahun ni sibuk siapkan keje (sasaran keje le tu), satu lagi sibuk abiskan cuti,dah seminggu aku cuti ari isnin ni mula keje balik mcm maleh je. update ni dibuat di dalam KFC puduraya, kenapa kat sini..sebabnyer aku balik dari johor naik bas je..balik sorang so aku transit KL dulu dari KL baru ambik bas ke Parit Buntar..bas pun lambat lagi kul 3.30 ni baru 1.30 sampai kul 12.30 lepak2 jap kat pudu cari tempat mkn n nampak le KFC. lunch kat sini je la, nasib ada wifi boleh jugak aku tenet jap...seminggu jgk tak online kat kg tak streamyx la. apa - apa pun tak leh nak update banyak2 bateri notebook lak low..lupa smlm aku main game hehehe...ok la nnt dah sampai penang update lagi..ada lagi gambo kenduri kawen kawan kat gurun..semoga selamat sampai ke Parit Buntar..(sape la nak tolong ambik ni)

Wednesday, November 12, 2008

Apa itu Phishing

Dalam pengkomputeran, phishing (sebutan: 'fishing') adalah satu cubaan bersifat jenayah serta penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitif di dalam perhubungan elektronik seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai. eBay, PayPal serta bank-bank dalam talian adalah antara yang sering kali menjadi sasaran. Phishing selalunya dilakukan melalui email atau pesanan ringkas,dan selalunya mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran pada laman web tertentu, namun begitu hubungan telefon juga pernah digunakan.Phishing merupakan satu contoh teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk memperdayakan pengguna.Antara cubaan-cubaan untuk mengatasi laporan kejadian phising yang semakin meningkat termasuklah penguatkuasaan undang-undang, latihan untuk para pengguna, kesedaran umum, serta langkah-langkah teknikal.
(Sumber Wikipedia)

Tuesday, November 11, 2008

Trip to Cameron Highlands..tempat jatuh lagi dikenang

this is first trip holiday kami tahun ni..maklumla masing2 sibuk ngan keje..kenape pilih Cameron Highlands, yang pertama mengimbau peristiwa penting kami..pada kawan2 rapat kami mesti tahu kan that day, yang kedua kami dipelawa rakan kami untuk join trip diaorang.memandangkan kami pun dah lama tak bercuti so kami buat keputusan untuk bercuti,(walaupun tak bagi tahu kawan kami tu nak join,n kami betolak dulu). Dari penang dalam pukul 9 pagi singgah R&R changkat jering minum pagi pastu terus panjat bukit Cameron sampai dalam kul 12 kami cari tempat menginap. sampai kat tanah rata jumpa kawan yg nak pegi sekali dgn family dia. Hotel yang kami duduk tu dari luar nampak cantik..tp masuk bilik la..tingkap kecik je..tinggi lak tu..frust jgk tak bleh jenguk pemandangan luar,pulak tu kat sebelah building dia ada construction bising pulak..dah bayar duduk jgk la (pengajarannyer cari la hotel yang walaupun tak cantik luarnyer tp view nyer best). apapun kami enjoy cuti kat sana borong strawberry bawak balik. Plan nak datang lagi tp mungkin dengan our junior sekali..ZOOM CAMERON HIGHLANDS (tp tak sejuk sgt dah)


Saturday, November 8, 2008

kenduri Huda & Kerol

Bila dah upload gambar sendiri kawen,teringat last week pegi majlis kawen kawan kitaorang kat KL mula-mula pening juga sbb tak tahu jalan nak pegi tempat majlis,jalan2 kat KLni bukan reti sangat pun(GPS lak takde),majlis ari sabtu, jumaat keje lagi,at last ambik half day petang jumaat gerak dari penang n singgah umak kakak kat sg. buloh,before aku betolak ke KL aku dah buat preparation map..haha..nasib ada googlemap sebagai penyelamat.malam tu aku explore la jalan nak ketempat majlis dekat Dewan Komuniti Taman Ibukota.siap tgk jalan dari satelit lagi..(bukan apa nak dapat gambaran sebenar) so berpandukan direction yg aku dapat dari googlemap tu la aku boleh sampai kat tempat kenduri tu.kira 99% tu tepat la..1% lagi jalan KL kan kejap2 dah ubah :),so kawan2 yang nak berjalan tu rajin2 la explore googlemap kalau takut sesat (tp kena pastikan dulu kat sekolah ada ambik geografi..hehehe..ada le basic baca n tgk peta). Apapun majlis meriah siap ada persembahan menari lagi..Tahniah Kerol & Huda welcome to married world

peta tempat majlis guna googlemap

ni pengantinnyer

Friday, November 7, 2008

welcome

first entry dalam blog ni kami kongsi gambar majlis kahwin kami, walaupun dah setahun berlalu tapi kawan - kawan yang tak datang majlis kitaorang ari tu blh la tgk kat sini k.